10 Pemain Tertua Piala Dunia 2026
Hafiz Omar
Kejohanan bola sepak paling berprestij di atas muka bumi, Piala Dunia FIFA telah membuka tirainya pada hari ini dengan perlawanan pembukaan yang menemukan salah satu hos, Mexico dan Afrika Selatan pada awal pagi tadi, waktu Malaysia.
Sepertimana ramai ketahui, Piala Dunia edisi ke-23 ini merupakan edisi sulung yang menampilkan 48 buah pasukan sekaligus mengumpulkan lebih ramai pemain-pemain dari seluruh dunia.
Berdasarkan senarai pemain rasmi yang dikongsikan oleh setiap pasukan, berikut adalah 10 pemain tertua yang dipanggil untuk membarisi skuad masing-masing untuk beraksi di Piala Dunia 2026:
#10 Hernan Galindez

Pasukan: Ecuador
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 30hb Mac 1987
Posisi: Penjaga Gol
#9 Yuto Nagatomo
Pasukan: Jepun
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 12hb September 1986
Posisi: Pertahanan
#8 Fernando Muslera
Pasukan: Uruguay
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 16hb Jun 1986
Posisi: Penjaga Gol
#7 Vozinha
Pasukan: Cape Verde
Umur: 40 Tahun
Tarikh Lahir: 3hb Jun 1986
Posisi: Penjaga Gol
#6 Manuel Neuer

Pasukan: Jerman
Umur: 40 Tahun
Tarikh Lahir: 27hb Mac 1986
Posisi: Penjaga Gol
#5 Edin Dzeko
Pasukan: Bosnia dan Herzegovina
Umur: 40 Tahun
Tarikh Lahir: 17hb Mac 1986
Posisi: Penyerang
#4 Luka Modric

Pasukan: Croatia
Umur: 40 Tahun
Tarikh Lahir: 9hb September 1985
Posisi: Pemain Tengah
#3 Guillermo Ochoa
Pasukan: Mexico
Umur: 40 Tahun
Tarikh Lahir: 13hb Julai 1985
Posisi: Penjaga Gol
#2 Cristiano Ronaldo

Pasukan: Portugal
Umur: 41 Tahun
Tarikh Lahir: 5hb Februari 1985
Posisi: Penyerang
#1 Craig Gordon
Pasukan: Scotland
Umur: 43 Tahun
Tarikh Lahir: 31hb Disember 1982
Posisi: Penjaga Gol