Piala Dunia: Vinicius Selamatkan Brazil
Hafiz Omar

Penyerang sayap Real Madrid, Vinicius Jr. menyelamatkan juara dunia lima kali, Brazil daripada bermula dengan langkah kiri ketika bertemu Maghribi dalam aksi pertama Kumpulan C, Piala Dunia FIFA 2026.
Perlawanan yang berlangsung pada pagi tadi bermula Brazil terlebih dahulu ketinggalan 0-1 seawal minit ke-21.
Ianya berpunca daripada serangan balas pantas Maghribi dimana bola lorongan cantik berhasil disudahkan dengan sungkitan bergaya oleh penyerang PSV Eindhoven, Ismael Saibari.
Bagaimanapun, anak-anak buah Carlo Ancelotti tidak menunggu lama dan selang sebelas minit kemudian, satu gerakan solo oleh Vinicius dari sebelah kiri berjaya disudahkannya dengan gol yang menggegarkan gawang sekaligus mengikat semula Maghribi dengan kedudukan 1-1.
Selepas daripada detik penyamaan itu, kedua-dua pasukan saling mengatur serangan untuk mencari jaringan kemenangan. Brazil dilihat lebih menguasai permainan namun Maghribi kental bertahan.
Corak permainan itu dan kedudukan itu berlarutan sehingga ke masa kecederaan sebelum pengadil perlawanan dari Slovenia, Slavko Vincic meniup wisel menamatkan permainan.
Hasil keputusan itu, Brazil dan Maghribi yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir pada edisi lalu terpaksa akur berkongsi satu mata.
Aksi seterusnya, Brazil akan bertemu Haiti sementara Morocco pula akan berhadapan Scotland pada 20hb Jun kelak.
FEATURED IMAGE: Confederação Brasileira de Futebol