Penyerang Malaysia Kelahiran Scotland Sertai Kelab Liga Cyprus

June 16, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kancah bola sepak Cyprus menjadi destinasi baharu penyerang skuad kebangsaan kelahiran Scotland, Fergus Tierney meneruskan karier bola sepak profesionalnya.

Perkembangan ini hadir selepas People’s Athletic Club (PAC) Omonoia 29M mengumumkan dan mengalu-alukan kemasukan pemain berusia 23 tahun itu ke kelabnya menerusi hantaran di pelbagai akaun media sosialnya, pada hari ini.

Tierney menyertai kelab tersebut selepas dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Sabah FC selama semusim.

Sepanjang bersama Sang Badak, Tierney meledak 10 gol serta mencetak dua bantuan gol hasil daripada membuat 38 penampilan sepanjang musim 2025-26.

Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Tierney berkelana di luar negara dalam kariernya selepas beraksi bersama Chonburi FC dan Nakhon Pathom United dalam kancah bola sepak Thailand pada musim 2024-25.

Untuk makluman, PAC Omonoia 29M kini beraksi dalam divisyen kedua Liga Cyprus.

FEATURED IMAGE:  Football Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd