Piala Dunia: Tunisia Lantik Ketua Jurulatih Baharu
Hafiz Omar
Herve Renard, 57 tahun, yang pernah melatih skuad kebangsaan Arab Saudi diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu bagi skuad kebangsaan Tunisia sehingga berakhirnya saingan Piala Dunia FIFA 2026.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Persekutuan Bola Sepak Tunisia (FTF) pada hari ini selepas berpisah dengan ketua jurulatih terdahulu, Sabri Lamouchi susulan tewas 1-5 di tangan Sweden pada perlawanan pertamanya dalam Kumpulan F, pada Isnin.
Renard akan memulakan tugasnya pada petang ini untuk mempersiapkan pasukan bertemu Jepun pada aksi kedua peringkat Kumpulan F pada Ahad.
View this post on Instagram
FTF memaklumkan perjanjian dengan Renard turut menyertakan pembukaan rundingan selepas berakhirnya penyertaan di Piala Dunia bagi membincangkan kerjasama jangka masa panjang berdasarkan matlamat sukan yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, Renard merupakan individu yang bertanggungjawab membimbingan Arab Saudi ke Piala Dunia edisi kali ini namun telah dipecat sekitar pertengahan April lalu.
Itu merupakan tempoh keduanya membimbing Arab Saudi bermula dari tahun 2024.
Ketika tempoh pertamanya bersama Arab Saudi, tahun 2019-2023, Renard merupakan watak utama yang mengatur The Green Falcons mengejutkan Argentina di Piala Dunia FIFA 2022 serta mara ke pusingan 16 Piala Asia AFC 2023.