Cklamovski Ganti Robinson Sebagai Pengurus Salford City FC
Hafiz Omar

Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Peter Cklamovski mendapat kontrak baharu bersama sebuah kelab di England kurang lima jam selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penamatan kontraknya secara persetujuan bersama.
Kelab tersebut ialah Salford City FC yang beraksi dalam divisyen keempat bola sepak England dan dimiliki secara bersama oleh legenda Manchester United iaitu David Beckham dan Garry Neville serta syarikat insurans, AIG.
View this post on Instagram
Menerusi pengumuman oleh Salford City, pengendali kelahiran Australia berusia 47 tahun itu dilantik sebagai pengurus menggantikan Karl Robinson kelahiran England yang meninggalkan kelab, awal Jun lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang perincian dikongsikan Salford City kepada umum terutamanya tempoh kontrak yang ditandatangani.
Salford City memaklumkan Cklamovski akan memulakan tugasnya dengan melakukan persiapan untuk pramusim penghujung bulan ini setelah selesai segala dokumentasinya.
Untuk makluman, pada musim lalu, Salford City FC menamatkan kempen Liga Dua EFL di tempat keempat – mengutip 81 mata daripada 46 perlawanan.
FEATURED IMAGE: Salford City FC