Piala Dunia: Jonathan David Hatrik, Kanada Bantai Qatar 6-0
Hafiz Omar
Penyerang berusia 26 tahun yang beraksi bersama Juventus, Jonathan David mencetak hatrik ketika bertemu Qatar pada aksi kedua Kumpulan B sekaligus membantu pasukannya, Kanada membantai Qatar dengan keputusan 6-0.
Itu merupakan hatrik kedua tercipta di pentas Piala Dunia edisi selepas Lionel Messi melakukannya ketika mewakili Argentina bertemu Algeria, pada Rabu lalu.
David melengkapkan hatriknya selepas menjaringkan gol pada minit ke-29, ke-45+3 dan ke-90+2.
Sementara itu, dua gol lagi dihasilkan oleh Cyle Larin, minit ke-16 dan Nathan Saliba, minit ke-64. Satu lagi gol terhasil daripada jaringan sendiri pemain Qatar, Mohammed Manai pada minit ke-75.

Layangan kad kepada Assim, selepas menyemak VAR, susulan terjahan lewatnya ke atas Ismael Kone yang menyebabkan kecederaan serius sehingga memaksa ketua jurulatih, Jesse Marsch menukarnya dengan Saliba.
Ini merupakan kemenangan pertama Kanada selepas seri 1-1 bertemu Bosnia and Herzegovina pada perlawanan pertama, pada Sabtu lalu.
Mereka kini berada di tangga teratas Kumpulan B selepas dua perlawanan namun berkongsi empat mata dengan Switzerland – pasukan terakhir yang akan dihadapi Kanada pada peringkat kumpulan.
FEATURED IMAGE: Canada Soccer Facebook