Piala Dunia: Mexico Mengesahkan Tempat Ke Pusingan 32
Hafiz Omar

Salah satu hos Piala Dunia FIFA 2026, Mexico muncul pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke pusingan 32 selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Republik Korea dalam aksi kedua peringkat Kumpulan A, hari ini.
Pemain tengah CD Guadalajara, Luis Romo menyumbang kepada kemenangan itu pada minit ke-50 selepas mengambil peluang menyepak masuk bola ke dalam gawang susulan kecuaian penjaga gol, Kim Seung-gyu terlucut bola daripada genggamannya.
Kedudukan 1-0 itu berlanjutan sehingga pengadil perlawanan dari Uruguay, Gustavo Tejera meniup wisel menamatkan permainan di Estadio Guadalajara.
View this post on Instagram
Berdasarkan statistik, pertarungan melibatkan Mexico dan Korea seimbang dengan kedua-duanya merekodkan lapan percubaan masing-masing. Namun begitu, Mexico lebih garang di hadapan gawang dengan mencatatkan empat percubaan tepat berbanding hanya dua dilakukan oleh Korea.
Hasil kemenangan itu, Mexico kini mendahului Kumpulan A dengan enam mata selepas mengharungi dua perlawanan. Sementara itu, Korea di tangga kedua dengan tiga mata diikuti Republik Czech dan Afrika Selatan yang berkongsi satu mata namun menghuni tangga ketiga dan keempat masing-masing.
Untuk aksi seterusnya, Mexico akan melengkapkan aksi Kumpulan A dengan bertemu Czech manakala Korea pula akan membuat perhitungan dengan Afrika Selatan.
FEATURED IMAGE: Mexican National Team