Terbuka Macau: Pang Ron-Pei Jing Melangkah Ke Separuh Akhir
Hafiz Omar

Beregu campuran negara yang bergerak secara bersendirian, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing mencetak kemaraan sulung ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan yang disertainya sejak bergandingan bermula Mei lalu.
Pang Ron-Pei Jing melakar kemaraan tersebut di Terbuka Macau 2026 yang disertainya minggu ini selepas mengalahkan pasangan Korea, Cho Song-hyun dan Jeong Na-eun pada peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Dalam aksi itu, Pang Ron-Pei Jing mencetak kemenangan bergaya du set berturut-turut menerusi skor 21-11 dan 21-13 dalam masa 30 minit sahaja.
Kemenangan itu membawa Pang Ron-Pei Jing menemui beregu China yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin untuk merebut tiket perlawanan akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 300 terbabit.
Terdahulu, Zhen Bang-Ya Xin mara ke peringkat yang sama selepas mengalahkan rakan senegaranya, Li Hong Yi dan Huang Ke Xin, pilihan keenam kejohanan, menerusi skor 21-12 dan 21-17.
Berdasarkan rekod, Pang Ron-Pei Jing belum pernah berentap dengan gandingan Zhen Bang-Ya Xin dan pertemuan pada hari esok merupakan yang pertama di pentas antarabangsa.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia