Piala Dunia: Mesir Cetak Kemenangan Bersejarah

June 22, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pasukan dari utara Afrika, Mesir mencetak kemenangan yang penuh bersejarah di pentas Piala Dunia FIFA selepas mengalahkan New Zealand 3-1 pada aksi kedua peringkat Kumpulan G, sebentar tadi.

Itu merupakan kemenangan yang pertama Mesir setelah beraksi di empat edisi Piala Dunia bermula daripada tahun 1934 di Itali.

Pemenang anugerah Kasut Emas Liga Perdana (PL) empat kali, Mohamed Salah menjadi salah satu tonggak yang membantu Mesir mencetak kemenangan terbabit apabila menjaringkan gol pada minit ke-67.

Bukan itu sahaja, pemain berusia 34 tahun terbabit turut mencetak “assist” untuk gol ketiga Mesir yang dijaringkan oleh Mohmoud Ahmed Ibrahim Hassan atau dikenali sebagai Trezeguet pada minit ke-82.

Sementara itu, gol pertama Mesir pula hadir menerusi pemain sayap Pyramids FC, Mostafa Ziko pada minit ke-58 menyamakan kedudukan semasa selepas New Zealand menjaringkan gol pembukaan melalui Finn Surman seawal minit ke-15.

Hasil kemenangan ini, Mesir kini mendahului Kumpulan G dengan kutipa 4 mata sementara Iran dan Belgium mengekori di tangga kedua dan ketiga namun berkongsi 2 mata masing-masing.

Aksi berikutnya, Mesir akan membuat perhitungan dengan Iran sementara Belgium pula berentap dengan penghuni tangga tercorot Kumpulan G, New Zealand.

FEATURED IMAGE: Egpyt National Team Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd