Piala Dunia: Norway Mengesahkan Tempat Ke Pusingan 32

June 23, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Norway yang diketuai Erling Haaland berhasil mengesahkan tempat ke pusingan 32 di Piala Dunia FIFA 2026 selepas mengalahkan naib juara Piala Negara-Negara Afrika 2025, Senegal pada hari ini.

Pasukan dari rantau Scandinavia itu berhasil merekodkan kemenangan 3-2 hasil jaringan pembukaan oleh Marcus Holmgren pada minit ke-43 serta gol berganda daripada penyerang prolifiknya, Haaland pada minit ke-48 dan ke-58.

Sementara itu, Senegal pula mendapat dua jaringannya menerusi penyerang Crystal Palace, Ismaila Sarr yang disumbat pada minit ke-53 dan ke-90+3 masing-masing.

Hasil kemenangan itu, Norway kini berkongsi enam mata dengan satu lagi pasukan dalam Kumpulan I merangkap juara edisi 2018, Perancis – turut sama telah mengesahkan tempat ke pusingan 32.

Pada Sabtu kelak, Norway dan Perancis akan bertembung bagi aksi terakhir peringkat kumpulan sekaligus menjadi perlawanan penentuan juara bagi Kumpulan I.

FEATURED IMAGE: Fotballandslaget Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd