Piala Dunia: Ghana Sekat England Mara Awal
Hafiz Omar

England terlepas peluang untuk mengesahkan tempat ke pusingan 32 di Piala Dunia FIFA 2026 dengan lebih awal apabila gagal melakar kemenangan ke atas Ghana bimbingan Carlos Queiroz di Stadium Boston, awal pagi tadi.
Biarpun England merekodkan penguasaan bola sebanyak 78% serta melakukan 19 percubaan dengan empat daripadanya tepat ke arah gawang namun tidak menjelmakan sebarang gol.
Ghana pula yang merekodkan dua percubaan dan hanya satu daripadanya tepat ke arah gawang juga tidak dapat menjaringkan sebarang gol sekaligus menjadi perlawanan itu berakhir dengan keputusan 0-0.
Hasilnya, kedua-dua pasukan kini terikat empat mata masing-masing selepas mengharungi dua perlawanan.
Dari segi kedudukan pula, England mendahului sementara Ghana di tempat kedua diikuti Croatia di tangga ketiga dengan kutipan tiga mata. Panama pula berada di tangga tercorot tanpa sebarang pungutan mata.
Aksi terakhir peringkat Kumpulan L bakal menemukan England dengan Panama manakala Ghana pula menentang Croatia.
FEATURED IMAGE: Ghana Black Stars