Ng Tze Yong Berpisah Dengan BAM, Fokus Pemulihan
Hafiz Omar

Perseorangan lelaki negara yang pernah menduduki tangga ke-14 dalam Ranking Dunia, terbaik dalam kariernya, Ng Tze Yong kini tidak lagi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Perkembangan itu hadir selepas BAM dan pemain berusia 26 tahun berkenaan berbincang dan bersepakat untuk berpisah dengan persetujuan bersama berkuat kuasa 30hb Jun 2026.
Tze Yong merupakan salah seorang pemain naungan BAM yang berkembang dan meningkat naik dengan cemerlang sejak tahun 2021.
Pemain kelahiran negeri Johor itu turut menjadi salah satu anggota skuad Malaysia yang meraih pingat perak dalam acara berpasukan bercampuran di Sukan Komanwel 2022, pingat emas di Kejohanan Berpasukan Badminton Asia 2022 dan pingat gangsa di Piala Sudirman 2021 dan 2023.
Bagaimanapun, beberapa siri kecederaan termasuk kecederaan belakang pada tahun 2024 dan kecederaan lutut anterior crucial ligament (ACL) pada tahun 2025 menghimpit perkembangan kariernya yang memaksanya menjalani pembedahan dan berehat panjang.
Biarpun begitu, pemain yang pernah menyandang status Perseorangan Lekaki No.1 Negara tidak berhasrat untuk menggantungkan raketnya lagi buat masa ini.
Sebaliknya, Tze Yong memaklumkan meletakkan keutamaannya buat masa ini melakukan pemulihan sehingga pulih sepenuhnya serta mendapatkan semula tahap kecergasan terbaik sambil berehat seketika waktu daripada menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia