Piala Dunia: Turki Tak Pulang Tangan Kosong
Hafiz Omar

Tiga mata itu menjadi milik Turki selepas melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas salah satu hos, Amerika Syarikat di Stadium Los Angeles, pada hari ini.
Gol kemenangan mereka muncul pada minit 90+8 menerusi pemain gantian, Kaan Ayhan. Sementara itu, dua gol awalnya dihasilkan oleh bintang Real Madrid, Arda Guler pada minit ke-10 dan penyerang Galatasaray, Baris Alper Yilmaz.

Sementara itu, Amerika Syarikat pula mendapat dua gol melalui Auston Trusty dan Sebastian Berhalter pada minit ke-3 dan ke-49 masing-masing.
Terdahulu, Turki terpaksa akur gagal mara ke peringkat kalah mati, pusingan 32, susulan tewas kepada Australia 0-2 pada aksi pembukaan dan Paraguay 0-1 pada perlawanan kedua.
Untuk makluman, aksi melibatkan Kumpulan A melabuhkan tirainya dengan Amerika Syarikat muncul juara diikuti Australia sebagai naib juara dan Paraguay di kedudukan ketiga.
FEATURED IMAGE: Milli Takimlar