Piala Dunia: Gol Berganda Kane Pacu England Ke Pusingan 16
Hafiz Omar

Penyerang Bayern Munich berusia 33 tahun itu menjelmakan gol tersebut menerusi tandukan di dalam kotak penalti pada minit 75 disusuli satu sepakan kencang mengalahkan penjaga gol Congo, Lionel Mpasi pada minit 86.
Dua gol itu sudah memadai untuk mengatasi jaringan awal Congo pada minit 7 oleh Brian Cipenga yang beraksi dalam kancah bola sepak Sepanyol.
View this post on Instagram
Kedudukan 2-1 itu berkekalan sehingga Adham Makhadmeh meniup wisel menamatkan permainan di Stadium Atlanta yang turut dihadiri 68,239 penonton.
Sementara itu, Kane yang menjaringkan dua gol dalam aksi di pusingan 32 terbabit meletakkan namanya dalam kelompok lima penjaring terbanyak Piala Dunia 2026 – tangga ketiga selepas Lionel Messi dan Kylian Mbappe yang mengumpul enam gol masing-masing.
Pada pusingan berikutnya, England akan membuat perhitungan dengan salah satu hos, Mexico untuk merebut tempat ke peringkat suku akhir.
FEATURED IMAGE: England Football Team Facebook