Terbuka Kanada: Zii Jia Bertemu Jhuo-fu Di Pusingan 16
Hafiz Omar

Bekas perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia bakal membuat perhitungan dengan pemain Chinese Taipei, Liao Jhuo-fu pada pusingan 16 di Terbuka Kanada 2026 untuk merebut slot suku akhir.
Pertembungan itu terhasil selepas Zii Jia berhasil mara ke pusingan 16 dengan mudah susulan lawannya, Kidambi Srikanth memberhentikan perlawanan ketika ketinggalan 10-11 di tangan Zii Jia ekoran kecederaan.
Sementara itu, Jhuo-fu yang menghuni ranking ke-60 dunia mara selepas menyingkirkan wakil tuan rumah, Joshua Nguyen menerusi skor 21-19 dan 21-14 dalam masa 43 minit.
Berdasarkan rekod, Zii Jia dan Jhuo-fu pernah bertembung sekali di Terbuka Thailand 2026 pada Mei lalu. Aksi itu berkesudahan dengan Zii Jia menraih kemenangan menerusi skor 21-16 dan 21-13 dalam masa 35 minit.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia