Redzuan-Zi Yu Juarai Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026

July 5, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Ahmad Redzuan dan Low Zi Yu menamatkan penantian panjang Malaysia untuk melihat beregu campuran negara bergelar juara di Kejohanan Badminton Remaja Asia pada Ahad.

Pasangan berusia 18 dan 15 tahun tahun masing-masing itu menempa kejayaan terbabit selepas Tan Wee Kiong dan Woon Khe Wei menjuarainya pada edisi tahun 2007.

Redzuan-Zi Yu yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan menampilkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan akhir untuk menumbangkan Zheng Wei Gang dan Li Meng Han dari China dalam masa 43 minit.

Beregu negara memulakan pertarungan set pertama dengan keyakinan tinggi dan sekaligus melakar menerusi skor 21-15. 

Set kedua pula berlangsung sengit dengan Wei Gang-Meng Han cuba bangkit untuk mencetak kemenangan bagi melanjutkan pertarungan ke set ketiga.

Namun begitu, Redzuan-Zi Yu mengekalkan persembahan dan disiplinnya sehingga dapat menamatkan permainan pada set kedua dengan kemenangan 22-20.

Sebagai rekod, 19 tahun lalu Wee Kiong-Khe Wei muncul juara setelah mengalahkan pasang Korea, Shin Baek-cheol dan Yoo Hyun-young.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd