Genevie-Zi Yi Bawa Pulang Gangsa Dari Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026

July 4, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu wanita, Genevie Lim dan Low Zi Yu meriah pingat gangsa selepas menamatkan kempen Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026 setakat peringkat separuh akhir.

Gandingan pemain berusia 18 dan 15 tahun masing-masing itu terlepas peluang untuk melakar kemaraan ke perlawanan akhir selepas tewas di tangan wakil Jepun, Aoi Banno dan Yuzu Ueno pada Sabtu.

Namun begitu, Genevie-Zi Yu tidak memberikan laluan mudah dengan memaksa Aoi-Yuzu bertarung sehingga tiga set permainan selama satu jam dan 18 minit sebelum terpaksa akur tewas menerusi skor 21-16, 17-21 dan 17-21.

Terdahulu, Genevie-Zi Yu mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mengetepikan cabaran Shi Chen Shi-Xiang Yu Jin (China, suku akhir), Nguyen Thi Thu Huyen-Pham Thi Truc An (Vietnam, pusingan 16) dan Thitiwarada Buakew-Nathida Buramart (Thailand, pusingan 32).

Featured Image: Badminton Association of Malaysia 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd