Adelia-Adania Muncul Juara Kejohanan Remaja Dunia IBF 2026
Hafiz Omar

Adelia Nur Irwan Syazalee dan Adania Mohd Redzwan memahat namanya selaku juara dalam kategori beregu wanita di Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2026, pada hari ini.
Gelaran juara menjadi milik Adelia-Adania selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Erian Klemencic dan Elizabeth Teuber selepas merekodkan jatuhan pin 244-181 dan 207-201 daripada set pertama dan kedua masing-masing dalam perlawanan akhir di Kuching, Sarawak.
Sebagai rekod, Adelia-Adania menjadi beregu wanita Malaysia kedua merangkul gelaran juara di kejohanan ini selepas gandingan Esther Cheah-Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menjuarainya pada edisi 2006 di Berlin, Jerman.
Terdahulu, Adelia dan Adania telah membantu skuad wanita negara mengutip pingat gangsa dalam acara berpasukan wanita.
FEATURED IMAGE: Bowling Malaysia