Bekas Bek Kiri Chelsea Bimbing AS Monaco
Hafiz Omar

Felipe Luis, 40 tahun, yang pernah mewarnai kancah Liga Perdana (PL) bersama Chelsea FC kini menjadi Ketua Jurulatih AS Monaco FC.
Kelab berjulukan Les Rouge et Blanc tampil mengumumkan bekas bek kiri kelahiran Brazil itu sebagai pengendalinya pada Isnin menerusi kenyataan rasmi di laman sesawangnya.
Felipe yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 pada 9hb Ogos kelak menandatangani kontrak bersama kelan yang beraksi dalam kancah Ligue 1 itu sehingga Jun 2028.
Selain Chelsea, Felipe yang pernah menyarung jersi Atletico Madrid itu mengambil peranan sebagai ketua jurulatih AS Monaco selepas mengemudi CR Flamengo menjuarai Copa Libertadores 2025, Campeonato Brasileiro Serie A 2025, Supercopa do Brasil 2025, Campeonato Carioca 2025 dan Copa do Brasil 2024.
View this post on Instagram
Untuk makluman, Felipe ditandatangani AS Monaco bagi menggantikan Sebastien Pocognoli yang telah dipecat pada Jun lalu.Â
Di bawah kendalian jurulatih kelahiran Belgium itu, AS Monaco menamatkan kempen Ligue 1 di tempat ketujuh sekaligus gagal meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Liga Europa UEFA (UEL) bagi musim 2026-27.
Bagaimanapun, AS Monaco berhasil meraih slot ke saingan tier ketiga kancah bola sepak eropah iaitu Liga Konferens UEFA.
Perlawanan kompetitif pertama yang akan dikendalikan Felipe bersama AS Monaco adalah berkunjung ke Stade Oceane untuk menentang Le Havre bagi aksi pertama Ligue 1.
FEATURED IMAGE: AS Monaco FC