Liam Rosenior Kembali Ke Perancis, Latih Paris FC

July 8, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bekas pengendali Chelsea FC yang dipecat selepas 14 minggu bertugas, Liam Rosenior kembali ke kancah bola sepak Perancis apabila dinamakan sebagai ketua jurulatih Paris FC.

Menurut laporan pelbagai media di eropah, jurulatih kelahiran England berusia 41 tahun terbabit menandatangani kontrak selama dua musim bersama kelab seteru kepada Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Sebelum berhijrah menyertai Chelsea, Rosenior membimbing RC Strasbourg dalam saingan Ligue 1 selama dua musim.

Rosenior menandatangani kontrak jangka masa panjang, selama enam tahun, bersama Chelsea namun ditunjukkan jalan keluar selepas mengendalikan 23 perlawanan dengan statistik 11 kemenangan, 2 seri dan 10 kekalahan.

Untuk makluman, Rosenior hadir mengisi kekosongan yang ditinggal bekas ketua jurulatih, Antoine Kambouare selepas mengekalkan skuad Paris FC dalam saingan Ligue 1.

FEATURED IMAGE: Paris FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd