Trionda Final – Bola Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026
Hafiz Omar

Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 kelak akan menggunakan bola perlawanan dengan wajah yang berbeza berbanding yang digunakan pada saat ini.
Selain daripada perlawanan akhir, bola terbabit akan turut digunakan ketika perlawanan penentuan tempat ketiga serta dua perlawanan separuh akhir.
Diberikan nama TRIONDA FINAL oleh pembuatnya, Adidas, bola perlawanan rasmi itu hadir dalam warna emas, putih dan hitam sambil mengekalkan reka bentuk serta teknologi yang digunakan oleh TRIONDA.


Pilihan warna itu mengambil inspirasi daripada trofi Piala Dunia FIFA berketinggian 36 sentimeter (cm) yang diperbuat daripada emas 18 karat yang dihasilkan pengukir Itali, Silvio Gazzaniga.
Turut menghiasai bola tersebut adalah tipografi Dallas, Atlanta, Miami dan New York New Jersey bagi meraikan hos bagi keempat-empat perlawanan yang akan berlangsung menggunakan bola ini
Menurut Adidas, bola perlawanan rasmi TRIONDA FINAL ini diletakkan tanda harga €160 (~RM745) dan sedia untuk dibeli di peruncit Adidas dan peruncit terpilih serta secara atas talian di adidas.com.
FEATURED IMAGE: Adidas