Firefox Hiasi Jersi Wrexham AFC Musim 2026-27
Hafiz Omar
Pelayar web, Mozilla Firefox bakal terpampang pada hadapan jersi kelab bola sepak profesional ketiga tertua di dunia, Wrexham AFC yang beraksi dalam kancah Liga Kejuaraan 2026-27.
Perkembangan itu hadir selepas Wrexham yang dimiliki bintang Hollywood iaitu Ryan Reynolds bersama rakannya, Rob McElhenny mendedahkan kerjasama bersama pelayar web bebas terbabit.
Hasil kerjasama itu, Firefox diangkat sebagai Rakan Pelayar Web Rasmi disamping menghiasi bahagian hadapan jersi ‘home’, ‘away’ dan ketiga Wrexham bagi skuad utama lelaki dan wanita.

Sepanjang tempoh kerjasama ini, kedua-dua pihak merancang penghasilan siri kandungan, integrasi produk dan pengaktifan penyokong sepanjang berlangsungnya musim 2026-27.
Logo Firefox akan membuat penampilan pertamanya kepada umum apabila menerusi jersi ‘away’ Wrexham pada hujung minggu ini ketika berkunjung ke Krakow, Poland untuk aksi pembukaan pramusim.
Untuk makluman, Firefox hadir datang menghiasi ruangan hadapan jersi Wrexham menggantikan syarikat penerbangan antarabangsa, United Airlines yang telah tamat kontrak kerjasama.