Piala Dunia: Gol Mbappe, Dembele Pacu Perancis Ke Separuh Akhir

July 10, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Naib juara edisi lalu, Perancis mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menumpaskan Maghribi 2-0, awal pagi tadi.

Gol pertama Les Bleus hadir menerusi kapten, Kylian Mbappe hasil sepakan lencong di hadapan kotak penalti pada minit 60. Ianya merupakan gol kelapan Mbappe di pentas Piala Dunia edisi ini sekaligus berkongsi status penjaring terbanyak dengan Lionel Messi setakat ini.

Sementara itu, gol kedua Perancis pula hadir menerusi seorang lagi penyerang handalannya, Ousmane Dembele yang dihasilkan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti selang enam minit kemudian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIFA World Cup (@fifaworldcup)

Dembele turut berada dalam kelompok lima penjaring terbanyak Piala Dunia hasil menjaringkan lima gol sehingga ke hari ini. 

Dua gol itu sudah memadai untuk juara edisi 2018 itu menempatkan diri dalam kelompok empat terakhir dan menantikan bertemu samada Sepanyol atau Belgium di peringkat itu.

Pertembungan separuh akhir itu dijadualkan berlangsung pada 15hb Julai (Rabu) dengan sepak mula pada jam 3 pagi, waktu Malaysia.

Sementara itu, Maghribi bimbingan Mohamed Ouahbi terpaksa akur menamatkan kempennya di peringkat suku akhir dan gagal menyamai pencapaian terbaiknya pada edisi lalu – mara ke separuh akhir.

Featured Image: Equipe de France de Football

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd