Azeem Raih Emas 100m Di Kejohanan Olahraga B-23 Asia
Hafiz Omar

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi membawa pulang kilauan pingat emas daripada Kejohanan Olahraga Bawah 12 Tahun (B-23) Asia 2026 di Ordos, China apabila muncul yang pertama melintasi garisan penamat dalam acara pecut 100 meter (m).
Pelari berusia 22 tahun yang memegang rekod kebangsaan itu menamatkan larian pusingan akhir itu dalam masa 10.17 saat (s) dihadapan Falah Hasal Al-Khazali (Iraq) dan Salah Nur Ismail Yunis (Qatar) yang merekodkan catatan masa 10.21s dan 10.23s masing-masing.
View this post on Instagram
Terdahulu, Azeem melayakkan diri ke perlumbaan akhir selepas muncul pelari terpantas pada saingan separuh akhir dengan catatan masa 10.15s.
Kempen Azeem di Kejohanan Olaharaga B-23 Asia belum menemui titik noktahnya. Selepas ini, Azeem akan menumpukan perhatian kepada satu lagi acara iaitu pecut 200m.
Featured Image: Malaysia Atheletic