Vietjet Dinamakan Sebagai Rakan Rasmi ASEAN United FC

July 14, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Syarikat penerbangan tambang tambang murah, Vietjet telah dinamakan sebagai Rakan Penerbangan Rasmi untuk empat pertandingan di bawah payung ASEAN United FC.

Empat pertandingan itu terdiri daripada Piala ASEAN Hyundai, Kejohanan Kelab ASEAN Piala Shopee, Piala ASEAN Wanita MSIG dan Kejohanan ASEAN B-23.

Kerjasama itu dimeterai bersama Sportfive – rakan komersial eksklusif kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Sebagai Rakan Penerbangan Rasmi untuk pertandingan-pertandingan ASEAN United FC, Vietjet akan menghubungkan para penyokong bola sepak dan destinasi di seluruh asia tenggara menerusi kejohanan bola sepak utama di rantau ini bermula dengan Piala ASEAN Hyundai 2026. 

Vietjet, salah satu syarikat penerbangan yang berkembang pesat di Asia Tenggara, terus memperkukuh kehadiran di Malaysia dengan mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City dan Hanoi.

“Vietjet sentiasa komited dalam menyokong acara sukan yang bermakna di seluruh dunia bagi menghubungkan masyarakat dan memberikan impak positif kepada komuniti.” 

“Kerjasama kami dengan kejohanan ASEAN United FC mengukuhkan lagi komitmen Vietjet untuk menghubungkan bukan sahaja destinasi, malah masyarakat, budaya dan nilai bersama dalam kalangan masyarakat. Melalui penerbangan dan sukan, Vietjet berhasrat untuk memperkukuh hubungan serantau, mempromosikan Asia Tenggara ke persada dunia, serta membuka lebih banyak peluang ke arah pembangunan yang mampan.” kata Naib Presiden Tetap, To Viet Thang.

Dalam kenyataan yang sama, turut mengumumkan Vikki Bank sebagai Rakan Perbankan Rasmi di Vietnam bagi keempat-empat pertandingan di bawah payung ASEAN United FC.

Melalui kerjasama ini, Vietjet dan Vikki menggabungkan kekuatan dua jenama terkemuka bagi menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih lancar, merangkumi perjalanan udara, kemudahan pembayaran dan pilihan simpanan yang memberikan nilai tambah kepada para penyokong di seluruh Asia Tenggara, salah satu pasaran pelancongan yang berkembang pesat di dunia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd