Bekas Pemain Kebangsaan, Rosle Md Derus Meninggal Dunia

July 15, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Arena bola sepak tanah air dikejutkan dengan berita pemergian ke negeri abadi melibatkan bekas pemain kebangsaan, Rosle Md Derus pada hari ini.

Perkhabaran mendukacitakan melibatkan Rosle, 48 tahun, dikongsikan oleh Penang FC dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi platform media sosialnya, petang tadi.

Difahamkan, bekas pemain yang pernah mewakili Malaysia dalam saingan Piala Dunia Remaja FIFA 1997 dan Kelayakan Sukan Olimpik 2000 itu meninggal selepas diserang strok.

Rosle turut mewarnai karier bola sepaknya dengan menyarung jersi Perlis, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Beralih dalam bidang kejurulatihan, Rosle pernah menggalas tugas selaku ketua jurulatih Felcra FC, penolong ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC B-23.

Selain itu, Rosle pernah menjawat jawatan Pengarah Teknikal Kuala Lumpur FA dan Pengarah Teknikal Penang FC.

FEATURED IMAGE: Football Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd