Piala Dunia: Argentina Bangkit Rampas Tiket Ke Perlawanan Akhir

July 16, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara bertahan, Argentina berhasil mencipta kebangkitan epik ketika bertemu England dalam perlawanan separuh akhir sekaligus merekodkan kemaraan sekali lagi ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA.

Aksi yang berlangsung di Stadium Atlanta bermula dengan England bimbingan Thomas Tuchel terlebih dahulu mencetak gol pembukaan menerusi Anthony Gordon pada minit 55.

Selepas pendahuluan itu, skuad berjulukan The Three Lions tampil lebih defensif dan banyak bertahan di kawasan sendiri untuk mengekalkan pendahuluan yang dimiliki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIFA World Cup (@fifaworldcup)

Bagaimanapun, Argentina yang diketuai Lionel Messi tidak mudah mengalah dan terus meningkat penguasaan dan asakan serta melancarkan serangan demi serangan untuk menjelmakan gol penyamaan. 

Usaha itu membuahkan hasil apabila Enzo Fernandez merembat dengan kencang bola ke dalam gawang pada minit 85 setelah menerima lorongan daripada Messi untuk menjadikan kedudukan semasa 1-1.

Selang tujuh minit kemudian, Lautaro Martinez menjelmakan gol kemenangan buat Argentina apabila menanduk masuk bola hantaran lintang daripada Messi untuk mendahului 2-1 dan kedudukan itu kekal sehingga pengadil, Ismail Elfath meniup wisel menamatkan permainan.

Kemenangan ini menyaksikan Argentina akan turun beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 bertemu juara edisi 2010, Sepanyol pada awal pagi Isnin (waktu Malaysia).

FEATURED IMAGE: Seleccion Argentina in English

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd