Star City FC Sambar Khidmat Syafik Ismail, Engku Shakir

July 17, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Imigresen FC yang dijenamakan kepada Star City FC mula mengumumkan kedatangan pemain-pemain baharunya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2026-2027.

Menerusi akaun media sosial rasminya, kelab bimbingan Mehmed Durakovic itu mengumumkan penyertaan dua pemain tempatan iaitu Syafik Ismail dan Engku Shakir.

Syafik, pemain sayap berusia 26 tahun dan mempunyai ketinggian 1.63 meter (m), kelahiran Marang, Terengganu tiba di bumi Darul Aman selepas menabur bakti bersama Kelantan The Real Warrior FC pada musim lalu.

Sementara itu, pemain tengah menyerang, Engku Shakir, 27 tahun, turut disambar Star City FC selepas Terengganu FC tidak lagi menggunakan khidmatnya bagi musim mendatang.

Dijangka beberapa lagi pemain baharu akan diumumkan Star City FC dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Star City FC berjulukan The Northen Star akan memulakan latihan pramusimnya secara rasmi pada 18hb Julai bersama Mehmed yang telah tiba di Alor Setar pada 15hb Julai.

FEATURED IMAGE: Star City FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd