Terbuka Jepun: Jimmy-Su Yin Singkir Beregu No.3 Dunia
Hafiz Omar

Kempen beregu campuran negara, Jimmy Wong dan Cheng Su Yin di Terbuka Jepun 2026 berlanjutan ke peringkat separuh akhir selepas berhasil mengejutkan pilihan ketiga kejohanan, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje, sebentar tadi.
Dalam pertemuan peringkat suku akhir itu, Jimmy-Su Yin mempamerkan persembahan yang memukau dan menyingkirkan beregu dari Denmark itu dengan bergaya menerusi kemenangan dua set berturut-turut, 21-17 dan 21-17 dalam masa 36 minit sahaja.
Kemenangan itu bukan sahaja membawa mereka ke peringkat separuh akhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 750 bahkan membalas dendam terhadap kekalahan dalam pertemuan pertama mereka di Masters Malaysia 2026 pada penghujung Jun lalu.
Ketika itu, Jimmy-Su Yin terpaksa akur tewas di tangan di tangan Christiansen-Bøje pada pusingan 32 menerusi skor 13-21 dan 15-21 dalam masa 36 minit.
Sementara itu, kemenangan Jimmy-Su Yin ini membawa mereka bertemu beregu Hong Kong merangkap pilihan ketujuh kejohanan, Tang Chun Man dan Tse Ying Suet untuk merebut tiket ke perlawanan akhir.
Chun Man-Ying Suet turut melakar kemaraan penuh bergaya selepas mengejutkan beregu No.2 dunia dari China, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin menerusi skor 21-17 dan 21-13.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia