Penang FC Ambil Khidmat Shahrel Fikri

July 17, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC memperkukuhkan skuadnya dengan mengikat penyerang yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan iaitu Shahrel Fikri Md. Fauzi.

Pemain kelahiran Tawau, Sabah yang berusia 32 tahun itu tiba di kelab berpangkalan di Pulau Mutiara selepas semusim menyarung jersi Melaka FC.

Sepanjang tempoh itu, Shahrel berhasil merekodkan 28 penampilan dalam kesemua pertandingan domestik dan mencetak satu gol serta satu bantuan gol masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)

Sebagai rekod, Shahrel memulakan karier bola sepaknya bersama PKNP FC dan pernah dipinjamkan seketika waktu ke kelab Liga Thailand, Nakhon Ratchasima FC. 

Selepas itu, Shahrel melanjutkan kariernya bersama Perak FC sebelum menyertai kelab berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC. Tidak lama kemudian, Shahrel menyertai Negeri Sembilan FC diikuti PDRM FC sebelum bergabung dengan Melaka FC.

Untuk makluman, Shahrel menjadi pemain terbaru menyertai skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail bagi mengharungi Liga Malaysia 2026-27 selepas menandatangani Haqimi Azim (pinjaman), Aliff Haiqal Lokman Lau, Fazly Mazlan,  Danial Haqim, Khala’if Naskam, Rakesh Munusamy dan Ad’dha Nazman.

FEATURED IMAGE: Melaka Football Club

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd