TPM Impi Malaysia Tuan Rumah Piala Dunia

July 20, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid memasang impian untuk melihat Malaysia menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak paling berprestij, Piala Dunia FIFA pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, beliau yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut berhasrat melibat skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan dari rantau ini beraksi di pentas terbabit.

“Insya-Allah satu hari nanti kita bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah Piala Dunia.”

“Mudah-mudahan ketika itu, pasukan Malaysia akan menjadi salah satu pasukan World Cup untuk mewakili asia tenggara,” katanya seperti dikongsikan video Tiktok Bernama TV, awal pagi tadi.

@bernamatvofficialMalaysia berhasrat menjadi tuan rumah Piala Dunia iaitu kejohanan bola sepak paling berprestij, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata bukan sahaja sebagai tuan rumah, malah beliau ingin melihat Malaysia layak beraksi sebagai wakil Asia Tenggara dalam kejohanan berkenaan. Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol menerusi tayangan skrin gergasi dan program Semarak Subuh di Bangi Square 2 hari ini. #digitalbernamatv #zahidhamidi #bolasepak #pialadunia

♬ original sound – Bernama TV

Beliau melontarkan suara hatinya ketika berucap sebelum bermulanya acara tayangan skrin gergasi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 yang menemukan Sepanyol dan Argentina di Bangi Square 2, awal pagi tadi.

Perlawanan tersebut berakhir dengan Sepanyol muncul juara edisi ke-23 selepas menumbangkan Argentina yang dietuai Lionel Messi dengan jaringan 1-0 oleh Ferran Torres pada masa tambahan.

Untuk edisi seterusnya, FIFA telah menetapkan gabungan Sepanyol, Portugal dan Maghribi serta Argentina, Paraguay dan Uruguay sebagai hos Piala Dunia 2030.

Sementara itu, bagi Piala Dunia 2034, Arab Saudi telah diangkat sebagai hos tunggal.

Setakat ini, FIFA selaku pengajur belum membuka secara rasmi proses bidaan untuk Piala Dunia 2038 dan edisi-edisi yang berikutnya.  

Featured Image: Facebook Zahid Hamidi

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd