Terbuka China: Aksi Sulung Kai Wun-Roy King Langkah Kiri

July 21, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Penampilan sulung gandingan baharu melibatkan Tee Kai Wun dan Yap Roy King di Terbuka China 2026 berakhir dengan kekalahan.

Bekas pasangan kepada Man Wei Chong dan Wan Arif Junaidi masing-masing itu membuat penampilan pertamanya bertemu beregu senegara, Nur Mohd Azriyn dan Tan Wee Kiong di pusingan 32, sebentar tadi.

Pertarungan itu bermula dengan aksi sengit pada set pertama sebelum ianya dimenangi Azriyn-Wee Kiong menerusi skor 25-23. 

Bersambung set kedua, Azriyn-Wee Kiong yang menghuni ranking ke-25 dunia mengekalkan rentak dan momentumnya untuk melakar kemenangan 21-17 sekaligus menyingkirkan Kai Wun-Roy King daripada salah satu siri Jelajah Dunia BWF Super 1000 terbabit.

Hasil kemenangan itu, Azriyn-Wee Kiong meraih tiket ke pusingan 16 dan akan menantikan cabaran samada daripada beregu No.1 dunia dari Korea, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae atau gandingan dari Chinese Taipei, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan.

FEATURED IMAGE: BWF TV

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd