Jordan Mintah Sertai Semula Terengganu FC Pada Usia 30 Tahun – Kontrak Semusim
Hafiz Omar

Penyerang kelahiran Ghana yang kini mempunyai kerakyatan Malaysia, Jordan Mintah menyertai semula Terengganu FC pada usia 30 tahun.
Penyertaan Mintah ke kelab berpangkalan di pantai timur itu dikongsikan sendiri oleh pihak kelab menerusi pelbagai akaun media sosialnya dan laman sesawang rasmi, sebentar tadi.
Terengganu FC memaklumkan pihaknya dan bekas pemain Kuching City FC itu mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak selama semusim.
Perpindahan ini turut menyatukan semula Mintah dengan ketua jurulatih semasa, Nafuzi Zain selepas kedua-duanya bekerjasama pada di Terengganu FC sebelum ini.
View this post on Instagram
“Kepulangan Jordan Mintak diyakini mampu menambah pilihan di bahagian serangan serta memperkukuh persiapan Terengganu FC bagi mengharungi saingan musim ini,” tulis kenyataan Terengganu FC.
Selama dua musim bersama Kuching City berjulukan The Cats, Mintah berhasil meraih 49 penampilan dan meletakkannya sebagai salah seorang penyerang berkebolehan dalam kancah bola sepak tempatan dengan meledak 17 gol dan mencetak 2 bantuan gol.
Sebelum itu, Mintah pernah berkelana seketika waktu ke ibu kota dengan menyertai Kuala Lumpur City FC secara pinjaman pada separuh musim kedua 2022.
Selain Mintah, Terengganu FC turut mengumumkan kehadiran dua pemain import baharu iaitu Ngweni Ndasi (pertahanan, Cameroon) dan Victor Ruiz (pemain tengah, Sepanyol) pada Selasa.
FEATURED IMAGE: Terengganu FC