Sistem Lampu Limpah STAR Paroi Sedang Dinaik Taraf

July 22, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Negeri Sembilan FC terpaksa bermain di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) pada waktu petang buat seketika ketika mengharungi saingan Liga Malaysia 2026-27.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menjelaskan keputusan itu terpaksa diambil susulan stadium yang mampu memuatkan 23,000 penonton itu tidak memenuhi spesifikasi sistem lampu limpah yang ditetapkan Malaysian Football League (MFL). 

Oleh demikian, Negeri Sembilan FC terpaksa mengadakan kesemua perlawanan di lamannya sendiri dengan sepak mula pada jam 4.45 atau 5 petang.

“Penetapan waktu ini adalah susulan kerja-kerja menaik taraf sistem lampu limpah STAR Paroi bagi memenuhi spesifikasi MFL untuk penganjuran perlawanan pada waktu malam serta piawaian bertaraf antarabangsa.” ujar Faliq menerusi satu kenyataan media.

Faliq memberi memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan rapat bersama Majlis Bandaraya Seremban dan Kerajaan Negeri Sembilan bagi mempercepatkan proses naik taraf ini.

“Sejurus STAR Paroi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, pihak kelab akan mengemukakan permohonan kepada MFL untuk mengembalikan baki perlawanan musim ini ke sepak mula pada waktu malam.

Terdahulu, MFL pada Selasa telah mengumumkan dan mengeluarkan kalendar penuh Liga Malaysia 2026-27. Negeri Sembilan FC akan membuka kempen Liga Super dengan melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC di STAR pada 22hb Ogos (Sabt).

Susulan pengumuman itu, para penyokong dan peminat skuad Hobin Jang Hobin kecoh di media sosial mengenai penjadualan waktu sepak mula itu kerana kurang selesa untuk hadir memberikan sokongan di stadium pada waktu tersebut.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd