Terbuka China: Pearly-Thinaah Mara Ke Pusingan 16
Hafiz Omar
Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menempah tiket ke peringkat seterusnya selepas mengalahkan Ririna Hiramoto dan Kokona Ishikawa pada pusingan 32 di Terbuka China 2026.
Pearly-Thinaah yang turut diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan melakar kemenangan 21-16 pada set pertama ke atas pasangan dari negara matahari terbit tersebut.
Pada set kedua, Pearly-Thinaah meneruskan konsistensi dan disiplin sehingga ke penghujung permainan sebelum mengakhirinya dengan skor 21-12 sekaligus mengesahkan kemenangan pada pusingan terbabit.
VICTOR China Open 2026
WD – R32
🇲🇾TAN Pearly🏅
21 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅
🇯🇵Ririna HIRAMOTO
16 12 🇯🇵Kokona ISHIKAWA🕚 in 32 minutes
— BWFScore (@BWFScore) July 22, 2026
Pertemuan sulung melibatkan Pearly-Thinaah dan Ririna-Kokona hanya mengambil masa 32 minit sahaja untuk mengesahkan pemenangnya.
Pada peringkat seterusnya, Pearly-Thinaah akan menantikan cabaran samada daripada sepasang lagi beregu Jepun, Rui Hirokami dan Sayaka Hobara atau wakil Ukraine, Polina Buhrova dan Yevheniia Kantemyr.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Pearly-Thinaah di Terbuka China adalah pada edisi lalu dimana mereka mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum kempennya dipatahkan oleh wakil tuan rumah, Jia Yifan dan Zhang Shu Xian.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Thailand