RTM Siar Secara Langsung Sukan Komanwel Glasgow 2026

July 23, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Temasya itu bakal menyaksikan kehadiran Kontinjen Malaysia yang diketuai Chef de Mission, Datuk Awalan Abdul Aziz dan dibarisi 59 atlet terdiri daripada 37 atlet able dan 22 atlet para mengambil bahagian dalam 64 acara melibatkan lapan daripada 10 jenis sukan yang dipertandingkan.

Antaranya angkat berat dan powerlifting, renang dan para renang, berbasikal trek dan berbasikal trek para, bola keranjang 3×3 dan bola keranjang kerusi roda 3×3, gimnastik artistik, judo, boling padang dan para boling padang serta olahraga dan para olahraga.

Menurut siaran media yang dikongsikan, RTM membawakan siaran langsung itu melalui saluran Sukan+ di platform MYTV 111, RTMKlik dan media sosial rasmi RTM selain ianya turut disiarkan di platform Astro – saluran 806.

RTM dijadualkan membuat liputan penuh menyeluruh temasya ini bermula dengan Upacara Pembukaan pada 24hb Julai, pukul 2.30 hingga 5.30 pagi, sambil dihoskan oleh Zachki Ahmad Suri, Nik Syafiq Hadhari dan Nazrie Fahmie.

Sepanjang temasya berlangsung, RTM turut menyiarkan dua sesi siaran langsung laporan harian berdurasi tiga jam setiap sesi dan satu slot sorotan harian selama sejam.

Dua sesi siaran langsung laporan harian itu bermula jam 6 petang hingga 9 malam (sesi pagi) serta pukul 1 hingga 4 pagi (sesi petang). Sementara itu slot sorotan harian pula dijadualkan bersiaran dari pukul 2 hingga 3 petang.

Bagi Upacara Penutupan, ianya dijadualkan ditayangkan bermula pukul 2.30 hingga 5.30 pagi pada 3hb Ogos sambil menampilkan Jeed Zulkifli, Ninie Ibrahim dan Iffah Hazim selaku hos.

Kontinjen Malaysia terbang ke Glasgow dengan sasaran membawa pulang 5 butir pingat emas, 2 pingat perak dan empat pingat gangsa.

FEATURED IMAGE: Glasgow 2026 Commonwealth Games

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd