Terbuka China: Jun Hao Tersangkut Di Pusingan 16
Hafiz Omar

Perjalanan perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao di Terbuka China 2026 menemui titik noktah pada pusingan 16 selepas tewas kepada Weng Hong Yang.
Pertemuan kelima melibatkan kedua-dua pemain berusia 27 tahun terbabit berlangsung sengit dan berlanjutan sehingga tiga set permainan sebelum ianya berakhir menerusi skor 22-20, 11-21 dan 18-21.
Pertarungan melibatkan Jun Hao dan Hong Yang itu berlangsung panjang memakan masa satu jam dan sepuluh minit sebelum menemui pemenangnya.
Pada masa yang sama, keputusan itu menjadikan Jun Hao kini tewas sebanyak empat daripada lima aksi menentang Hong Yang di pentas antarabangsa.
Sementara itu, Hong Yang yang meraih tiket ke suku akhir nakal membuat perhitungan dengan Lin Chun-Yi dari Chinese Taipei.
Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu mengesahkan langkah ke suku akhir selepas mengejutkan pilihan kelima kejohanan dari Perancis, Christo Popov menerusi skor 21-18 dan 21-13.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia