Terbuka China: Sze Fei-Izzuddin Kandas

July 23, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menjadi wakil negara terbaru yang tersingkir pada pusingan 16 di Terbuka China 2026 – mengikuti jejak enam wakil sebelumnya.

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang menghuni ranking keenam dunia terpaksa akur menamatkan kempennya itu susulan tewas di tangan beregu No.16 dunia dari Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard.

Pertarungan yang memakan masa hampir satu jam di Gelanggang 3  di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin tewas menerusi skor 19-21, 21-12 dan 19-21.

Itu merupakan kekalahan kedua berturut-turut Sze Fei-Izzuddin di tangan Daniel-Mads selepas bertemu di Arena Unifi semasa bertembung pada perlawanan akhir Masters Malaysia 2026, awal Mei lalu.

Berdasarkan rekod, Sze Fei-Izzuddin kini mengalami empat kekalahan daripada tujuh pertemuan di pentas antarabangsa kepada Daniel-Mads.

Sementara itu, Daniel-Mads yang melakar kemaraan ke suku akhir akan berhadapan dengan wakil tuan rumah merangkap pilihan keempat kejohanan, Liang Wei Keng dan Wang Chang.

Untuk makluman, Sze Fei-Izzuddin merupakan wakil negara yang tersingkir selepas Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Leong Jun Hao, Goh V Shem-Choi Sol Gyu, Chen Tang Jie-Clarissa San, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd