Terbuka Taipei: June Wei Kandas Peringkat Kelayakan
Hafiz Omar
Perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei tersingkir awal daripada saingan Terbuka Taipei 2026 selepas tewas di tangan Huang Ping-hsien pada peringkat kelayakan.
June Wei, ranking ke-59 dunia tewas di tangan pemain tuan rumah menerusi skor 21-15, 14-21 dan 19-21 selepas bertarung sengit selama 54 minit.
Itu merupakan kekalahan pertama June Wei di tangan Ping-hsien selepas meraih kemenangan ketika bertembung buat julung kalinya di Cabaran Antarabangsa Phuket 2026 sekitar pertengahan bulan lalu.
Susulan kekalahan terbabit, June Wei terpaksa akur gagal melangkah ke pusingan suku akhir peringkat kelayakan.
Sebaliknya, Ping-hsien yang meneruskan kemaraan ke peringkat terbabit dan menantinya di situ ialah Garret Tan dari Amerika Syarikat.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia