Itali Lantik Semula Mancini Sebagai Ketua Jurulatih
Hafiz Omar
Juara dunia sebanyak empat kali, Itali kembali menggunakan khidmat Roberto Mancini sebagai ketua jurulatihnya – indidvidu yang sama membimbing Azzurri menjuarai Euro 2020.
Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Giovanni Malago menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial.
“Saya percaya orang yang tepat untuk menjadi Ketua Jurulatih skuad kebangsaan adalah Roberto Mancini, atas pelbagai alasan,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, Mancini, kini berusia 61 tahun, mengendalikan Itali bermula Mei 2018 sehingga meletakkan jawatannya secara mengejut pada Ogos 2023.
Tempoh itu turut menyaksikan Itali berhasil mara sehingga ke perlawanan akhir Liga Negara-Negara UEFA sebanyak dua kali merangkul kemahkotaan eropah.
View this post on Instagram
Dua minggu selepas peletakan jawatannya, Mancini diumumkan pula sebagai ketua jurulatih Arab Saudi.
Jodohnya bersama Arab Saudi hanya bertahan sekitar 14 bulan sahaja selepas kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak awal berbanding meneruskan perjanjian asal sehingga tahun 2027.
Setahun berikutnya, khidmat Mancini yang pernah mengendalikan Manchester City dipancing oleh kelab berpangkalan di Qatar, Al-Sadd.
Dalam kenyataan yang sama, FIGC turut mengumumkan bekas pengurus yang membawa Leicester City menjuarai Liga Perdana pada musim 2015-16 dilantik sebagai Pengarah Teknikal.
Terdahulu, FIGC cuba mendapatkan khidmat Pep Guardiola untuk melatih skuad kebangsaan Itali selain turut menamakan Andrea Pirlo namun ianya tidak menjadi kenyataan.
FEATURED IMAGE: FIGC