Piala ASEAN FIFA: Derbi Nusantara Peringkat Kumpulan

July 29, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kejohanan sulung Piala ASEAN FIFA 2026 sepertimana diumumkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino pada tahun lalu bakal menyajikan “derbi nusantara” seawal peringkat kumpulan.

Ini susulan daripada skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe telah diundi bersama-sama Indonesia dalam Kumpulan A sambil turut disertai India dan Singapura.

Sementara itu, Kumpulan B pula mengumpulkan Vietnam, Thailand, Filipina dan Pakistan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

 Pertandingan yang turut disertai dua pasukan dari rantau Asia Selatan itu bakal berlangsung di Indonesia bermula 24hb September hingga 3hb Oktober.

Melihatkan kepada tarikh kejohanan tersebut, ianya jatuh di dalam Jendela Perlawanan Antarabangsa FIFA yang telah dirangkumkan – bermula 21hb September hingga 6hb Oktober.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai format pertandingan serta tarikh-tarikh perlawanan belum disahkan setakat ini.

Ketika pengumuman penganjuran Piala ASEAN FIFA di Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur, difahamkan,  formatnya akan mengikuti jejak langkah kejayaan Piala Arab FIFA.

FEATURED IMAGE: Football Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd