Nova Widianto, BAM Berpisah
Hafiz Omar
Jodoh ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menemui titik noktahnya pada 31hb Julai 2026.
Badan induk badminton tanah air mengesahkan sendiri perkara tersebut menerusi satu kenyataan rasmi pada hari ini berikutan jurulatih berusia 48 tahun itu memilih untuk pulang ke Indonesia.
View this post on Instagram
Nova memainkan peranan penting disebalik kejayaan gandingan Cheng Tang Jie dan Toh Ee Wei merangkul kejuaraan bersejarah di Kejohanan Dunia BWF 2025 – pencapaian sulung Malaysia dalam sektor tersebut di kejohanan itu.
Selain itu, kehadiran Nova bersama BAM sejak Januari 2023 turut memperkukuhkan program beregu campuran negara secara amnya.
Dalam kenyataan yang sama, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Utama Tengku Abdul Aziz turut merakamkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan oleh Nova.