Deemples Perkenal Keahlian Golf Digital

July 30, 2026
Lain-Lain

Hafiz Omar

Platform komuniti dan tempahan golf terkemuka, Deemples pada hari ini tampil melancarkan Deemples Pass – keahlian golf digital sepenuhnya.

Menerusinya, pemain-pemain yang melanggan akan mendapat ganjaran seperti diskaun, baucar, pulangan tunai serta faedah istimewa setiap kali bermain gol dan akses kepada perkhidmatan handicap rasmi World Handicap System (WHS). 

Keahlian golf digital itu turut mendapat kerjasama daripada badan induk, Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan pelancarannya berlangsung dengan jayanya di Kelab Golf Seri Selangor pada Khamis.

Terdapat tiga pakej langganan Deemples Pass yang ditawarkan iaitu Basic (RM599/tahun), Plus (RM699/tahun) dan Plus 2 Year (RM1,199/2 tahun).

Setakat ini, sebanyak 30 entiti tampil menjadi rakan kerjasama Deemples Pass seperti Be Golf Pro, Genesis Range @ Bangi Golf Resort, Miracles Golf, Seri Selangor Golf Club, Hard Rock Hotel Desaru Coast, Capri by Fraser Bukit Bintang, GSF Fitting Studio, Mizuno, Shoe Mo, Cuci Shoes dan lain-lain lagi.

Untuk makluman, Deemples merupakan platform yang direka khusus untuk peminat golf dan ianya memudahkan pemain untuk mencari rakan bermain serta menempah pelbagai pilihan padang golf secara dalam talian.

Aplikasi Deempels tersedia untuk platform iOS dan Android dan sedia dimuat turun melalui App Store dan Play Store.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd