Ranking BWF: Naib Juara Terbuka Taipei Langkau 212 Anak Tangga

August 4, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan yang menamatkan kempen Terbuka Taipei 2026 selaku naib juara, Aaron Chia dan Aaron Tai berhasil merekodkan peningkatan ketara dalam Ranking Dunia.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan Chia-Tai yang bergandingan sekitar penghujung Julai lalu meningkat sebanyak 212 anak tangga hasil mara ke perlawanan akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 terbabit.

Peningkatan ini meletakkan mereka di tangga ke-166 dunia hasil mengumpul 9,250 mata.

Terdahulu, Chia-Tai terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara apabila tewas 21-23 dan 19-21 di tangan beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin.

Sementara itu, bekas gandingan Chia iaitu Soh Wooi Yik yang kini berpasangan dengan Man Wei Chong berada di ranking ke-160 dunia. 

Wei Chong-Wooi Yik hanya merekodkan kenaikan sebanyak 22 anak tangga sahaja selepas terpaksa akur tersingkir seawal pusingan 32 di Terbuka Taipei .

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd