Ranking BWF: Noraqilah-Zi Yu Kini Beregu Wanita No.3 Negara

August 4, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Naib juara Kejohanan Remaja Dunia Dunia BWF 2025, Noraqilah Maisarah dan Low Zi Yu kini menempatkan diri mereka selaku beregu wanita No.3 tanah air.

Perkembangan itu hadir selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini pada hari ini dan memperlihatkan Noraqilah-Zi Yu merekodkan kenaikan sembilan anak tangga hasil mara ke peringkat suku akhir Terbuka Taipei 2026, minggu lalu.

Kenaikan itu meletakkannya di tangga ke-58 dunia dan menjadikannya sebagai beregu wanita No.3 negara selepas Pearly Tan-Thinaah Muralitharan (ranking ke-5) dan Ong Xin Yee-Carmen Ting (ranking ke-23).

Untuk makluman, kempen Noraqilah-Zi Yu di Terbuka Taipei terhenti setakat suku akhir selepas tewas 21-11, 20-22 dan 22-24 di tangan beregu Thailand, Hathaithip Mijad dan Napapakorn Tungkasatan.

Sementara itu, Pearly-Thinaah pula terlepas gelaran juara susulan tewas 16-21 dan 18-21 dalam perlawanan akhir di tangan wakil dari negara matahari terbit, Sumire Nakade dan Miyu Takahashi.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd