Masters Korea: Chia-Tai Langkah Kanan
Hafiz Omar
Finalis Terbuka Taipei 2026, Aaron Chia dan Aaron Tai memulakan kempen Masters Korea pada minggu ini dengan langkah kanan menumpaskan wakil India di pusingan 32, sebentar tadi.
Chia-Tai yang menghuni ranking ke-166 dunia tampil cemerlang dalam pertarungan tersebut dan berhasil mengalahkan Bhargav Ram Arigela dan Viswa Tej Gobburu, ranking ke-75, secara dua set berturut-turut.
VICTOR Korea Masters 2026
MD – R32
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 21 🇲🇾Aaron TAI🏅
🇮🇳Bhargav Ram ARIGELA
17 15 🇮🇳Viswa Tej GOBBURU🕚 in 27 minutes
— BWFScore (@BWFScore) August 5, 2026
Set pertama, Chia-Tai melakar kemenangan menerusi skor 21-17 diikuti dengan skor 21-15 pada set kedua. Gandingan yang berusia 29 dan 19 tahun masing-masing itu hanya memerlukan 27 minit sahaja untuk menumbangkan lawannya itu.
Susulan kemenangan tersebut, Chia-Tai akan bertemu gandingan Malaysia-Korea iaitu Goh V Shem dan Choi Sol Gyu di pusingan 16 untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.