Masters Korea: Bing Kun-Noraqilah Bertembung Juara Masters Malaysia

August 6, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Loo Bing Kun dan Noraqilah Maisarah akan membuat perhitungan dengan juara Masters Malaysia 2026, Gao Jia Xuan dan Wu Meng Yin di peringkat suku akhir Masters Korea 2026. 

Pertembungan itu terhasil selepas Bing Kun-Maisarah melakar kemenangan ke atas pasangan Australia, Andika Ramadiansyah dan Nozomi Shimizu menerusi skor 21-15 dan 22-20 dalam masa 32 minit.

Sementara itu, Jia Xuan-Meng Yin yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan mara selepas mencatatkan kemenangan ke atas wakil Vietnam, Tran Dinh Manh dan Pham Thi Khanh menerusi skor 21-9 dan 21-9 dalam masa 22 minit.

Berdasarkan rekod, Bing Kun-Noraqilah belum pernah berentap menentang Jia Xuan-Meng Yin dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.

Dalam perlawanan akhir Masters Malaysia sekitar penghujung Mei lalu, Jia Xuan-Meng Yin meraih gelaran juara setelah menumpaskan Pakkapon Teeraratsakul dan Sapsiree Taerattanchai menerusi skor 21-13, 15-21 dan 21-11 di Arena Unifi.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd