Masters Korea: Jimmy-Su Yin Jumpa Pilihan Kedua Di Suku Akhir

August 6, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran negara, Jimmy Wong dan Cheng Su Yin yang mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Masters Korea 2026 akan bertembung dengan wakil tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan iaitu Kim Jae-hyeon dan Jang Ha-jeong.

Pertembungan itu terhasil selepas Jimmy-Su Yin melakar kemenangan ke atas sepasang lagi wakil tuan rumah, Kim Joon-young dan Lee Yu Lim pada pusingan 16, hari ini.

Dalam pertarungan terbabit, Jimmy-Su Yin menumpaskan Joon-young-Yu Lim menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 13-21, 21-15 dan 25-23 dalam masa sejam dan dua minit.

Sementara itu, Jae-hyeon-Ha-jeong yang berada di ranking ke-32 dunia mara ke peringkat yang sama susulan mengalahkan Timothy Lock dan Chloe Hoang dari Kanada menerusi skor 26-24 dan 21-19.

Berdasarkan rekod, Jimmy-Su Yin dan Jae-hyeon-Yu Lim belum pernah merekodkan sebarang pertemuan dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd