Piala Hyundai ASEAN: Tiket Malaysia vs Filipina Habis Terjual

August 7, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Aksi terakhir peringkat Kumpulan B melibatkan Malaysia dan Filipina dalam saingan Piala Hyundai ASEAN pada Sabtu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bakal mendapat sokongan padu “pemain ke-12”.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan tiket bagi tempat duduk Penyokong Tuan Rumah telah kategori Terbuka bagi Pintu B1, B2, B3 dan C1 telah habis terjual, pada hari ini.

Hanya jualan tiket bagi tempat duduk Penyokong Pelawat masih belum habis terjual setakat pemberitahuan oleh FAM sekitar 12 tengah hari tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Malaysia bimbingan Tan Cheng Hoe kini telah melakar dua kemenangan dan satu kalah menjadikan mereka mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan yang diharungi. 

Pada saat ini, skuad berjulukan Harimau Malaya menghuni tangga kedua Kumpulan B namun berkongsi enam mata dengan Myanmar di tangga ketiga.

Malaysia berpeluang cerah untuk mara ke peringkat separuh akhir dengan sekurang-kurangnya melakar keputusan seri ketika bertemu Filipina dan mengharapkan pendahulu Kumpulan B, Thailand tidak mengalami kekalahan ketika bertemu Myanmar.

FEATURED IMAGE: Malaysia NT

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd