Gandingan Kai Wun-Roy King Juarai Masters Korea 2026

August 9, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Pasangan yang mula bergandingan sekitar penghujung Julai lalu, Tee Kai Wun dan Yap Roy King meraih kejuaraan yang pertama apabila memenangi Masters Korea 2026.

Kejuaraan itu menjelma apabila Kai Wun-Roy King berjaya mengalahkan beregu senegara, Man Wei Chong dan Soh Wooi Yik dalam perlawanan akhir di Gimnasium Asan Yi Sun-sin, Chungcheongnam-do pada Ahad.

Dalam pertarungan tersebut, Kai Wun-Roy King melakar kemenangan bergaya menerusi skor 21-13 pada set pertama diikuti 21-18 pada set kedua dalam masa 31 minit sahaja.

Kemenangan itu sekaligus menobatkan Kai Wun-Roy King sebagai juara selain meraih ganjaran wang tunai AS$19,750 (~RM80,776) dan memungut 7,000 mata untuk dimasukkan dalam pengiraan pelbagai ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, Wei Chong-Wooi Yik yang juga merupakan gandingan baharu sekitar pertengahan Julai lalu membawa pulang wang tunai sebanyak AS$9,500 (~RM38,885) serta memungut 5,950 mata.Β Β 

Kai Wun dan Wei Chong akan kembali bergandingan semula pada minggu hadapan untuk mengharungi Kejohanan Dunia BWF 2026 yang berlangsung di New Delhi, India.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

Β© 2025 Amanz Media Sdn Bhd